Proses respirasi sel dan fotosintesis saling melengkapi. Semasa respirasi sel , gas oksigen diserap dan gas karbon dioksida disingkirkan. Karbon dioksida yang disingkirkan akan digunakan oleh semua tumbuhan hijau untuk melakukan fotosintesis. Oksigen yang dihasilkan daripada proses fotosintesis pula digunakan oleh semua organisma untuk respirasi sel. MARI TONTON PAUTAN VIDEO DI BAWAH
HOMEOSTASIS??? APA TU?? Gambar dibawah merupakan ringkasan proses kawalan homeostasis. Sebenarnya, HOMEOSTASIS adalah pengekalan kepada persekitaran dalam badan sesuatu organisma, misalnya aras suhu, air, pH, tekanan darah dan sebagainya supaya berada dalam keadaan seimbang dan stabil. Berikut merupakan pautan ke video interaktif yang sangat menarik yang menjelaskan secara terperinci tentang homeostasis dalam badan manusia.haiwan dan tumbuhan. selamat menonton😊 KLIK DISINI
SILA DOWNLOAD PBL DI BAWAH. BACA DAN FAHAMKAN. BUAT KUMPULAN DAN BINCANGKAN BERSAMA RAKAN-RAKAN CARA TERBAIK UNTUK MELAKSANAKANNYA. SILA KLIK LINK DI BAWAH: PROJECT BASE LEARNING 1
Comments
Post a Comment