Posts

KOORDINASI DAN GERAK BALAS

Image
HOMEOSTASIS??? APA TU?? Gambar dibawah merupakan ringkasan proses kawalan homeostasis. Sebenarnya, HOMEOSTASIS adalah pengekalan kepada persekitaran dalam badan sesuatu organisma, misalnya aras suhu, air, pH, tekanan darah dan sebagainya supaya berada dalam keadaan seimbang dan stabil. Berikut merupakan pautan ke video interaktif yang sangat menarik yang menjelaskan secara terperinci tentang homeostasis dalam badan manusia.haiwan dan tumbuhan. selamat menonton😊 KLIK DISINI

RESPIRASI DAN FOTOSINTESIS

Image
Proses respirasi sel dan fotosintesis saling melengkapi.  Semasa respirasi sel , gas oksigen diserap dan gas karbon dioksida disingkirkan. Karbon dioksida yang disingkirkan akan digunakan oleh semua tumbuhan hijau untuk melakukan fotosintesis.  Oksigen yang dihasilkan daripada proses fotosintesis pula digunakan oleh semua organisma untuk respirasi sel. MARI TONTON PAUTAN VIDEO DI BAWAH   

SEL- SEL DALAM BADAN MANUSIA- PBL 1 2020

Image
Ada 100 trilion sel dalam badan manusia dan setiap jenis sel menjalankan fungsi yang khusus. Contoh-contoh sel yang terdapat dalam badan manusia. Manusia merupakan organisma multisel yang kompleks yang terbina mengikut urutan organisasi sel seperti berikut Berikut adalah sebahagian contoh sistem dalam badan manusia: berikut adalah pautan video yang boleh membantu anda lebih memahami subtopik ini: Dalam keadaan terkawal, sel membahagi secara normal. Namun, kanser terbentuk apabila sel normal membahagi secara berterusan tanpa kawalan BERIKUT MERUPAKAN PBL 1 TINGKATAN 1 TAHUN 2020 Dalam keadaan terkawal sel membahagi secara normal . Kanser terbentuk apabila sel normal membahagi secara berterusan tanpa kawalan. Oleh itu, anda dikehendaki menjalankan kajian berkaitan: 1. Apakah penyebab utama kanser? 2. Bagaimanakah kanser boleh dikesan? 3. Bagaimanakah kanser boleh merebak? 4. Apakah tahap-tahap kanser? 5. Apakah bentuk perubatan yang dipero

ORGANISMA UNISEL DAN MULTISEL

Image
MIKROORGANISMA ialah hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi hanya dapat dilihat melalui mikroskop. Ia boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu: ORGANISMA UNISEL adalah organisma ringkas yang terdiri daripada hanya satu sel sahaja. (uni:satu) Protoza, amoeba dan paramesium adalah contoh organisma alam haiwan. Manakala pleurococcus, euglena, yis dan chlamydomonas merupakan organisma unisel alam tumbuhan. ORGANISMA MULTISEL adalah organisma yang terdiri daripada lebih daripada satu sel. (multi:banyak). Hydra merupakan mikroorganisma dalam alam haiwan manakala spirogira dan mucor pula dari alam tumbuhan.

SEL SEBAGAI UNIT ASAS HIDUPAN

Image
Hai anak-anak didik sekalian.. cuti-cuti sempena covid-19 ni cikgu harap anak-anak bukan sekadar bermain whatsapp/ game/tonton tv atau seumpamanya ye... mari isikan masa dengan belajar bersama dalam alam maya.. ok sebelum kita mulakan, saya nak tanya, siapa antara anda yang tahu atau pernah dengar tentang sel tumbuhan dan sel haiwan? angkat tangan please...hihihi... p/s- boleh klik gambar untuk lebih besar jelas ok berdasarkan gambar di atas anda dapat lihat dan kenali sel haiwan dan sel tumbuhan serta struktur yang terdapat pada setiap sel.. anda boleh perhatikan ada perbezaan dan persamaan pada struktur sel antara kedua-dua sel haiwan dan tumbuhan dan dapat disimpulkan seperti gambar di bawah dan setiap struktur sel pada sel haiwan dan sel tumbuhan ada fungsi-fungsi yang tertentu.. mari pelajari dan ingati apakah fungsi setiap struktur sel tersebut seperti gambar di bawah sumber:google

latihan untuk peperiksaan 1RK1,1RK2,1.2,1.4 DAN 1.6

Berikut adalah link soalan latihan sebelum peperiksaan..SELAMAT MENJAWAB..   SILA KLIK BERIKUT:   LATIHAN 1   LATIHAN 2

TARSIA for quiz

tarsia download untuk 1rk1