PROJECT BASE LEARNING 1 SAINS KSSM UNTUK SEMUA TINGKATAN 1
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
SILA DOWNLOAD PBL DI BAWAH. BACA DAN FAHAMKAN. BUAT KUMPULAN DAN BINCANGKAN BERSAMA RAKAN-RAKAN CARA TERBAIK UNTUK MELAKSANAKANNYA. SILA KLIK LINK DI BAWAH:
Proses respirasi sel dan fotosintesis saling melengkapi. Semasa respirasi sel , gas oksigen diserap dan gas karbon dioksida disingkirkan. Karbon dioksida yang disingkirkan akan digunakan oleh semua tumbuhan hijau untuk melakukan fotosintesis. Oksigen yang dihasilkan daripada proses fotosintesis pula digunakan oleh semua organisma untuk respirasi sel. MARI TONTON PAUTAN VIDEO DI BAWAH
HOMEOSTASIS??? APA TU?? Gambar dibawah merupakan ringkasan proses kawalan homeostasis. Sebenarnya, HOMEOSTASIS adalah pengekalan kepada persekitaran dalam badan sesuatu organisma, misalnya aras suhu, air, pH, tekanan darah dan sebagainya supaya berada dalam keadaan seimbang dan stabil. Berikut merupakan pautan ke video interaktif yang sangat menarik yang menjelaskan secara terperinci tentang homeostasis dalam badan manusia.haiwan dan tumbuhan. selamat menonton😊 KLIK DISINI
Hai anak-anak didik sekalian.. cuti-cuti sempena covid-19 ni cikgu harap anak-anak bukan sekadar bermain whatsapp/ game/tonton tv atau seumpamanya ye... mari isikan masa dengan belajar bersama dalam alam maya.. ok sebelum kita mulakan, saya nak tanya, siapa antara anda yang tahu atau pernah dengar tentang sel tumbuhan dan sel haiwan? angkat tangan please...hihihi... p/s- boleh klik gambar untuk lebih besar jelas ok berdasarkan gambar di atas anda dapat lihat dan kenali sel haiwan dan sel tumbuhan serta struktur yang terdapat pada setiap sel.. anda boleh perhatikan ada perbezaan dan persamaan pada struktur sel antara kedua-dua sel haiwan dan tumbuhan dan dapat disimpulkan seperti gambar di bawah dan setiap struktur sel pada sel haiwan dan sel tumbuhan ada fungsi-fungsi yang tertentu.. mari pelajari dan ingati apakah fungsi setiap struktur sel tersebut seperti gambar di bawah sumber:google
sangat baik sebgi rujukan ..terima kasih
ReplyDelete