Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur (KRK) Lawatan Sambil Belajar bermula ke destinasi pertama iaitu Museum chocolate di Kota Damansara. Setelah mendengar penerangan dari pegawai disitu selama lebih kurang 1 jam, kami berkesempatan membeli sedikit coklat sebagai cenderamata untuk keluarga. Kemudian perjalanan diteruskan ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC Kuala Lumpur bagi menambah koleksi bahan bacaan yang sedia ada dirumah. Harga buku disini juga sangat berpatutan dan terdapat banyak pilihan yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Selepas itu, kami menuju pula ke KLCC untuk menerokai pameran Sultan's of Science di Petrosains Kuala Lumpur. Di akhir lawatan, kami berpeluang menyaksikan panorama indah air pancut yang berwarna warni . Bak kata anak murid saya, penutup lawatan yang "terbaik!!!' cikgu. ;)
Posts
Showing posts from May, 2013
- Get link
- X
- Other Apps
Pada hari kedua Program Remaja Sakinah, ibu bapa turut dijemput hadir untuk bersama-sama dengan anak mereka. Terima kasih kerana dapat meluangkan masa. Bagi anak-anak yang ibu bapanya tidak dapat hadir, jangan bersedih..... kerana ibu bapa kamu melaksanakan tanggungjawab mereka diluar sana.Saya percaya jika mereka tidak ada tanggungjawab yang penting pada hari tersebut mereka pasti ingin sekali berada bersama kalian.Dan saya yakin mereka tetap sangat menyayangi dan mengasihi kalian . Terima kasih kepada TGH (Team Generasi Harapan)! Terima kasih kepada semua yang telibat dalam mengendalikan program ini. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
- Get link
- X
- Other Apps
Tahniah kepada 8 pelajar yang telah terpilih untuk melibatkan diri dalam Program Perkongsian Pintar KRK tahun 2012 SMKDBL dengan SM Sains Johor selama lebih kurang satu minggu.Semoga pengalaman anda disana memberi anda kekuatan dan semangat untuk berjuang dalam menuntut ilmu serta tercapai hasrat dan cita-citamu.